Melewati detik tidur yang nyaman di pagi hari ini, aku dikejutkan oleh deringan jam loceng menandakan sudah pukul 6.42 pagi. Aku harus bangun segera jika tidak mahu terlepas Subuh lagi. Hari ini adalah hari Sabtu, setelah bersolat aku memutuskan untuk membelek jadual perancangan kelas bagi semester akan datang. Memang sudah menjadi kewajipan setiap pelajar di sini untuk mendaftar sendiri kelas dan subjek pilihan, agak berbeda sedikit aku kira dengan pengalamanku ketika di Malaysia apabila kebanyakan jadual kelas telah diaturkan oleh pihak universiti, bak kata orang orang moden,
fix time table begitu.
Setelah hampir dua jam mata berpunat pada screen laptop yang setia, aku menyoroti ruang jendela yang sedikit terbuka, kelihatan di luar kabus agak tebal. Bunyi kicauan unggas riang kedengaran walaupun sinar mentari pagi kelihatan agak malu hari ini. Hati dirundung rasa bosan, mahu ke gym untuk bersenamkah aku? Atau mahu duduk sahaja di rumah tanpa sebarang aktiviti yang menarik selain daripada menonton online movies dan bermain permainan komputer di tablet kecil ku? Namun buntu ku tidak lama, mata yang galak meneropong suasana di luar cermin kaca di ruang bilik menjentik rasa hati ingin keluar untuk mengambil gambar. Ini adalah waktu terbaik untuk ku, ya benar.
Memandangkan hari ini adalah hari Sabtu maka secara rasminya kawasan kampus akan menjadi lengang, maklum sahajalah jadual para pelajar kebanyakannya pasti penuh dengan awan awan mimpi terutama sekali di pagi hari yang sejuk sebegini. Aku memang gemar jika keadaan begini kerana aku bebas untuk berdiri, duduk hatta mahu berkuak lentang menangkap gambar di tengah tengah alam jua pasti tiada siapa yang sibuk mengganggu atau menyapa. Sempurna waktunya. Tanpa membuang masa aku menyarungkan seluar dan kasut sukan beserta dengan baju sejuk yang agak tebal. Misi ku pada pagi yang indah ini adalah untuk memburu bunga bungaan.
Tatkala aku membuka pintu luar rumah, rintik rintik kabus membasahi wajah ku. Terasa amat segar sekali. Walaupun keadaannya kabus tebal itu membuatkan aku terasa lembab seperti disiram gerimis muda namun hati ku tetap riang. Pemain muzik yang aku bawa juga aku putuskan untuk simpan di dasar beg sandang ku sahaja. Aku tidak mampu menolak bunyi kicauan burung-burung yang sedang riang bertasbih memuji yang Esa, tersangat indah tetapi mana mungkin aku dapat mengungkapkan semuanya melalui kata kata dan bait bait ayat sahaja. Andainya apa yang aku dengar boleh aku pindah kongsikan bersama pasti aku telah melakukan hal yang sebegitu. Perjalanan aku menuju ke kampus berjalan lancar. Kelihatan kenderaan jarang jarang di atas jalan. Kalau pada hari hari biasa sudah boleh beratur panjangnya.
 |
| Di sekitar University Village, di mana kebanyakan penghuninya sedang di buai mimpi. |
 |
| Bunga yang melata di atas tanah |
Mataku meniti setiap pemandangan indah yang aku lepasi. Aku telah meniti sebatang anak sungai yang jernih. Kelihatan dua ekor itik liar berenang tenang di permuakaan air yang dingin. Di seberang jalan pohon bunga melur mewangi indah. Agak berbeza dengan di Malaysia, bunga melur di sini ada sedikit palitan warna merah jambu pada kelopaknya namun wanginya tetap sama. Terubat juga rasa rinduku pada tanah air. Seketika itu lamunanku dikejutkan oleh bunyi enjin keretapi. Bergoncang rasanya bumi. Jika ada yang pernah menonton iklan Dunhill lewat tahun 90-an dahulu, begitulah gambarannya yang aku dapat berikan. Indah dan klasik. Aku melintas jejantas rel keretapi untuk ke kandang kuda. Terasa agak takut takut apabila memikirkan keretapi yang beratnya bertan-tan sedang meniti di atas kepalaku. Aduh, jangan lah jambatan ini runtuh doa hati kecil ku. Lucu juga bunyinya, sudah pastilah jejantas rel itu kukuh, namun bagi aku yang tidak biasa ini mestilah terasa risau juga.
 |
| Sungai jernih yang mengalir tenang. |
 |
| Dua ekor itik riang berlayar. |
 |
| Bunga melur. |
 |
| Suasana nyaman. |
 |
| Keretapi berat yang laju bergerak. |
 |
| Keretapi melintasi kandang kuda. |
 |
| Kuda-kuda yang sedang menikmati sarapan pagi. |
 |
| Mukhadimah musim bunga. |
 |
| Bunga tulip yang mekar dan indah. |
 |
| Kelihatan sungguh lembut. |
 |
| Aku tidak pasti apa jenis yang ini, akan tetapi baunya sungguh manis. |
Hanya pujian bagi Tuhan yang mampu aku ucapkan ketika aku melawat sekitar kampus. Suasana yang aman, dingin dan sangat indah itu hanya mampu aku rakam untuk di kongsi bersama. Aku tidak pasti bagaimana lagi cara untuk aku ceritakan betapa indahnya suasana di awal musim bunga di Benua Amerika. Ketika menunduk, mendongak, menoleh ke kiri dan kanan segalanya tampak begitu mengasyikkan sekali. Ada tikanya aku terlompat lompat sendirian, tatkala ada waktunya aku berlari lari anak kerana tidak tertahan rasa girang di hati. Memang benar, di hati ini hanya Tuhan yang tahu apa rasanya.
Bibirku tidak tertahan untuk menguntum senyuman tatkala melihat bunga bungaan mekar berkembang, ada yang kecil ada yang besar ada yang putih, merah, perang, kuning, ungu dan perlbagai warna. Ada yang harum mewangi dan ada juga yang beku sembunyi. Memang benarlah seperti yang di sebut di dalam surah Ar-Rahman ayat 12
"Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami, serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum" dan dalam ayat 18,
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?"
 |
| Seindah gambaran, indah lagi pada pandangan mata. |
 |
| Rimbunan bunga yang memenuhi setiap ranting dan dahan. |
 |
| Simbol pengiktirafan. |
 |
| Laluan utama pelajar di tengah tengah kampus. |
 |
| Kawasan berhenti penat dan lelah. |
 |
| Indahnya tiada terperi. |
 |
| Ciptaan Tuhan yang perlbagai warna dan cantik. Benarlah Tuhan ku menyukai kecantikan :) |
 |
| Bunga yang masih menguncup |
 |
| Di tepi tasik. |
 |
| Bunga-bungaan renek. |
 |
| Taman kecil. |
 |
| Bunga yang aneh dan lucu. |
 |
| Melintasi jambatan kecil yang di bawahnya ada anak sungai kecil. |
 |
| Burung yang bertenggek tenang. |
 |
| Maha suci Allah yang menciptakan setiap keindahan. |
 |
| Ketika aku mendongak ke atas. |
 |
| Ketenangan dunia, salah satu nikmat yang tidak ternilai hebatnya. |
 |
| Bunga merah, semerah hati. |
Semoga kembara ku di benua ini menjadi kembara hidup yang diredhai. Setakat ini yang mampu aku kongsikan buat kali ini, di harap sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada yang sedang berjuang untuk ke sini, dan bagi yang lain lainnya semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat bersama.
Musim bungan cantik sekali,
bunga-bungaan mekar berseri,
Sang Unggas menyanyi nyanyi,
bukan niatku meninggi diri,
tapi hanyalah sekadar berkongsi,
jika ada yang terasa hati,
ampun maaf aku pohoni,
moga niatku tak di salah erti
anak perantau memohon diri
ingin mendiam menghitung hari
untuk kita bersua kembali.