Sejak minggu lepas aku berusaha mempraktikkan penggunaan warna yang sesuai dalam pakaian seharian. Ini adalah berikutan aku terjumpanya artikel berkenaan dengan aura warna. Akan tetapi ada hari yang menjadi dan ada hari yang tidak menjadi. Aku bertanya sendirian kenapa ya?
Pokoknya apa yg aku mampu katakan pada saat ini adalah semuanya bergantung kepada sejauh mana kita percaya dan yakin terhadap diri. Aura warna hanya memainkan peranan sebagai medium penyerapan zarah-zarah warna yang tersebar pada kadar yang berlainan mengikut hari. Kebaikannya adalah dapat menaikkan seri dan juga mengubati penyakit jika diamalkan. Ini bukan petua nujum Pak Belalang akan tetapi satu fakta berdasarkan kajian yang dibuat oleh ahli sains.
Akan tetapi keyakinan diri tidak ditentukan secara solo oleh warna. Jika seseorang itu memakai warna yang sesuai akan tetapi kadar motivasi atau keyakinan terhadap diri sendiri kurang maka, masih seseorang itu tidak akan berpotensi untuk melakukan pekerjaan pada kadar yang optimum. Inilah yang terjadi kelmarin. Aku memakai warna yg sesuai, akan tetapi keadaan menjadi serba tidak kena. Walaupun akhirnya ada perkara baik berlaku tapi sememangnya ia bukan kerana warna. Manusia adalah makhluk hebat yang mampu membuat perkara perkara yang hebat jika percaya pada diri. Pokok pangkalnya adalah sejauh mana kira memahami dan tahu keupayaan diri kita sendiri. Dan sedalam manakah kita percaya bahawa kita mampu melakukan sesuatu perkara. Walau apa pun penggunaan warna yang sesuai akan menaikkan seri wajah anda.
Friday, October 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment